Bawak kucing ke Sabah

Kos Membawa Kucing Dari Semenanjung ke Sabah

Ini HANYA mengenai penghantaran kucing berserta pengiring. Maknanya ada orang ikut naik fight bersama-sama dengan kucing. Kalau yang tinggalkan kucing di pet hotel MAS dan penrbangan dengan MAS Kargo tu, saya terus terang saya tak tahu prosedurnya. Tapi bole chek di sini, dia pernah buat.

Pertama sekali yang perlu tahu, umur kucing perlu 6 bulan ke atas. Ini kerana terdapat  kucing kurang umur akan beri kesan negatif kepada kesihatan. Mungkin tidak tahan tekanan.  Dan mati di pusat kuarantin. Kita kalau bawa baby  dan anak kecik  naik flight, time nak naik dan nak mendarat,   memang biasanya mereka menangis sakit telinga. Ini kan pulak kucing. Kalau budak-budak boleh lah jugak suruh makan lollipop, kucing...?? Tu sebab kami sekeluarga pindah dulu ke Sabah , Jakie, Casper dan Loki dijaga oleh kakak hingga cukup umur. Nasib ada kak long yang baik hati.

Kedua kena tahu semua kucing yang yang hendak dipindahkan ke Sabah, akan dikuarantin, minimum 21 hari di Pusat Kurantin Kinarut. Kalau dari Sarawak tak perlu kuarantin sebab Sabah dan Sarawak negeri bebas 'rabbies'.  Memang leceh kan, tapi ini adalah untuk kebaikan bersama.

Jika rancang dengan teliti, dalam satu minggu bole selesai. Macam saya buat dalam masa 2 minggu kerana ada masalah pada cip kucing. Sila baca step by step ni dengan teliti yer.

1. Dapatkan tarikh fight. Sebab bila mohon permit import eksport, kena letak dalam borang.

2.  Register ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak. Sila pandang dipautan sebelah kiri, ada nampak Davesta kan? Davesta ialah sistem bersepadu tentang import eksport ternak dan sebagainya. Pastu scroll kat bawah sekali ada bahagian pendaftaran atau klik sini. Sistem ini ambil masa 3 hari untuk diluluskan.

3. Sementara itu, bole buat pemeriksaan kesihatan, dapatkan vaksin terkini dan masukkan cip pada kucing. Bole ke klinik veterinar kerajaan atau klinik veterinar swasta. Bayaran berbeza mengikut klinik dan negeri. Kami buat di Jabatan Veterinar Ipoh. Kucing-kucing akan dapat kad vaksin, macam kad kesihatan anak2 kita. Cip pula mengandungi detail pemilik kucing, alamat terkini. Cip ni sebesar sebutir beras ajer dan akan dimasukkan di bahagian tengkuk kucing.

4.  Selepas 3 hari  mendapat kelulusan permohonan Davesta, boleh log in dan buat permohonan permit import menerusi online. Masa yang memohon tu, mereka tengah update system, memang apa yang saya  key in jadi bercelaru. Kena juga datang sendiri, isi di pejabat. Dalam borang tu, kena letak nombor siri cip. Kena tahu baka apa kucing anggaran berapa harga kucing.  Kucing-kucing saya kan kampong boys, jumpa tepi jalan, saya letak RM100 jer seekor. Dalam proses ini jugak saya mengalami masalah kerana, cip yang dipasang di Jabatan Veterinar Ipoh menunjukkan kucing berasal dari luar negara. Dah satu hal lagi, kena minta Jabatan Veterinar Ipoh keluarkan surat. Beruntung betul kucing-kucing saya. Jumpa tepi jalan, tapi diiktiraf sebagi kucing luar negara. Permit import ni laku selama 2 bulan. Walaupun kami bawak 3 ekor kucing, tapi permit hanya satu.

5.  Setelah lulus permit import, bole lah apply permit  eksport. Di semenanjung, permit hanya bole dibuat oleh agen. Kerana permohonan membawak haiwan di bawah Kastam, bukan jabatan hawan macam ni Sabah. Mahal la jugak kena bayar, antara RM60 hingga RM150 seekor. Itu hanya permit eksport sahaja, bayangkan kalau kita soh agen buat semua. Permit eksport ni hanya laku selama seminggu sahaja. Klinik/jabatan veterinary ada senarai agen. Boleh call semua agen, untuk dapat tahu beza charge yang dikenakan mereka.

6.  Beli sangkar yang selesa utuk kucing-kucing kesayangan anda. Jangan beli yang kecik/sempit membuatkan kucing duduk sepanjang flight. Ini akan membuatkan kucing tidak selesa, pening kepala dan muntah. Seelok-elok puasakan (elak beri makanan) kucing 4 jam sebelum flight. Untuk kepastian tanya doctor veterinar semasa pemeriksaan kesihatan. Ini untuk mngelakkan kucing berak di dalam cage. Bila dia bau tahi dalam ruang yang sempit dia kan muntah. Sediakan air di cage.  Dan bawa  makanan sedikit di lekatkan di luar cage. Cage dengan design baru, ada siap tempat letak makanan di luar cage.  Setibanya di airport bole terus bg kucing makan.

7. Sehari sebelum flight, telefon  Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak Sabah untuk confirm kan ketibaan kucing dan pengiring.

8.  Tibanya hari untuk terbang ke Sabah, jangan lupa bawa semua dokumen. Kucing + cage akan ditimbang seperti luggage.

9. Setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan ternak akan menunggu untuk membawak kucing ke Pusat Kuarantin Kinarut.  Bila kucing anda sihat selama 21 hari, boleh lah buat uruskan pembayaran kuarantin di Jabatan Veterinar (berhadapan dengan balai polis besar Sabah)  sebelum bawa kucing keluar dari pusat kuarantin.


KOS KESELURUHAN UNTUK 3 EKOR KUCING

a. Pemeriksaan kesihatan, cip, passport di Jabatan Veterinar RM246
b. Beli 3 x  travel cage RM195
c. Charge timbang berat + cage di airport RM195
d. Permit import  (satu permit untuk 3 ekor kucing) RM11
e. Permit eksport + charge kastam RM250
f. Pemeriksaan  kucing  oleh  pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak di Lapangan Terbang Kota Kinabalu RM30
h. Charge 21 hari di Pusat Kuarantin Kinarut (RM4 sehari) +  transportation dari airport ke Kinarut  RM262

Jumlah untuk 3 ekor kucing = RM 1,189 


 
Permit Import.
Saya saja letak hati di bahagian tandatangan sebab khuatir ada pihak yg cuba tiru cop dan tandatangan tersebut :)



Kad kesihatan, passport dan permit eksport
 
 
Beli travel cage yang selesa untuk kucing.
Bawa semua dokumen berkaitan semasa hari penerbangan.



 Ini surat pengesahan pemeriksaan yang diberi oleh pegawai Jabatan  Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak semasa ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
 
 
Resit dari Jabatan Veterinar. Kalau kena ambil kucing pada weekdays, boleh buat pembayaran
 dan terus ke Kinarut. Tetapi jika kena ambil kucing hari Sabtu, pembayaran perlu di buat pada hari Jumaat.
 
 
Ini sahaja yang dapat saya kongsi mengenai proses membawa kucing ke Sabah. Kalau ke Labuan mungkin berbeza ( saya tak pasti, sila buhungi jabatan berkaitan di Labuan). Semua kos ini mungkin terdapat perubahan (terlebih atau terkurang) bergantung kepada keadaan semasa/ agen dan lain-lain perkara.
 
Semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membawa kucing-kucing kesayangan ke Sabah.
Good luck dan semoga urusan anda dipermudahkan oleh-Nya.
Amin.

Comments

  1. Kawan saya ada masaalah untuk hantar kucingnya ke sabah, dia tak diberitahu awal bahawa selepas mendapatkn vaccine rabies 6bulin kemudian baru boleh hantar kucing ke sabah, sebulan selepas vaccine baru d beri tahu, itupun lagi 2 mingu mereka akan terbang ke sabah, mslahnya diorang berpindah ke sabah dan tak akan balik ke semenanjung dah, dia tak sangup jual kucing tu kat orang, saya nak tolong jaga pun susah sebab rsaya tingal kouters tentera n perumahan tak benarkan utk memelihara haiwan, skrang nie kawan tenga stress..tolong sis ada apa2 sugestion tak..kasihan kat kawan sy n kucing2 nya😢😢

    ReplyDelete
  2. betulkah.vaksin rabies kena tunggu 6 bulan baru boleh pindah.sedihlah macam ni.adakah aku patut batalkan perpibdahan aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyaa kena enam bulan lepas dapat injection rabies baru boleh proceed untuk pindah.

      Delete
    2. betul kena tunggu 6 bulan... dan bukan saja tu, kena kuarantin di kinarut lagi jika kucing tidak ada buat ujian darah... teruk betul prosedur sekarang

      Delete
  3. hai. boleh share tak no agen yg tolong process untuk export permit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urus sendiri pun x susah bro/sis. Call je vet department negeri yg terlibat utk bantuan. Cuma kerjaan Sabah tak benarkan pindah kucing/anjing dari Sarawak ke Sabah buat masa skrg sehingga ke suatu tarikh yg akan d maklumkan.

      Delete
  4. hai. boleh share tak no agen y tolong untuk dapatkan export permit. sebab y saya dapat rm250-500/ head. owhh yha cik ada buat titer test tak untuk kucing cik.?

    ReplyDelete
  5. Hi sy mau tnya, kira² klau anjing dewasa boleh bawa kah balik sabah?

    ReplyDelete
  6. Hi! Macamana dpt kuarantin 21 hari shj? Ada buat test utk rabies ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi khairizan mungkin masa tu masi 21 hari. Skg kalau x silap sebulan atau 2bln kuarantine. 😑

      Delete
  7. Sya pun nak bawa balik Kucing u ada nomber agent tak bleh bagi sya ..? Sya ada jmpa agent dya mntak 3k untuk koss penghantar dya yg urus smua sya cuba perlu vitcine 3kali yg lain dya tlong uruskan.. tapi smpai skrang ada respond������ sya pun risau klau Kucing sya xdpat bawa balik������ Duit Bukan masalah yg penting Kucing sya dpat balik ��

    ReplyDelete
  8. Sya pun nak bawa balik Kucing u ada nomber agent tak bleh bagi sya ..? Sya ada jmpa agent dya mntak 3k untuk koss penghantar dya yg urus smua sya cuba perlu vitcine 3kali yg lain dya tlong uruskan.. tapi smpai skrang ada respond🥺🥺🥺 sya pun risau klau Kucing sya xdpat bawa balik😭😭😭 Duit Bukan masalah yg penting Kucing sya dpat balik 😭

    ReplyDelete
  9. Sya pun nak bawa balik Kucing u ada nomber agent tak bleh bagi sya ..? Sya ada jmpa agent dya mntak 3k untuk koss penghantar dya yg urus smua sya cuba perlu vitcine 3kali yg lain dya tlong uruskan.. tapi smpai skrang ada respond🥺🥺🥺 sya pun risau klau Kucing sya xdpat bawa balik😭😭😭 Duit Bukan masalah yg penting Kucing sya dpat balik 😭

    ReplyDelete
  10. sya nak sgt bwa kucing saya balik sabah..tapi bila tengo prosuder mcm2 kena bwt..aduii..mahal pla tu..klw kena yg ada tk pa la...klw yg golongan seadaanya ni mna la mampu..

    ReplyDelete
  11. hai mw tnye,,klw bwa kucing dri srwak ke sabah naik krta sndri tu ble kh,,klw ble mw tw syrat² nye mcm mne,,

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah n tq pada agent yg bantu saya utk selesai kan masalah saya tempoh hari...tp apa pun vaksin tu penting k kwn2...

    ReplyDelete
  13. Nice article. find out more about pet taxi

    ReplyDelete
  14. nak tanya kalau urus kucing bawa balik sabah sorang2 tanpa thru agent, macam mana nak dapat permit eksport dekat e dagang ye? mcm mna nak isi form dia ye?

    ReplyDelete

Post a Comment